Sunday 26 July 2009

Pakatan Rakyat kini diserang Denial Syndrom- மலேசியா டுடே இணைய தளத்தில் வெளியான எனது கடிதம்.

Merujuk pada isu Kampung Buah Pala, saya mendapati ramai pembaca di MT berpendapat bahawa Hindraf telah hilang arah kerana tidak menyokong tindak tanduk kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP/ LGE. Ini menunjukkan mereka ini yes men pakatan rakyat yang tak dapat menerima teguran yang positif.

Bagi mereka Hindraf perlu menggangguk setuju apasaja tindakan parti pemerintah DAP. Kalau nak beri gambaran yang jelas lagi, mereka nak Hindraf jadi macam MIC dalam PR. Apasaja PR buat, jadi pak turut, pertahankan semua tindak- tanduk pemimpin PR walaupun ianya bercanggah daripada asas pertubuhan dan prinsip Hindraf itu sendiri.



Semua orang harus bergembira kerana Hindraf tidak banyak menekan kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR walaupun mereka tidak membuat apa-apa yang dijanjikan mereka sempena PRU Mac 2008. ini kerana Hindraf rasakan PR perlu diberi masa untuk sesuaikan dirinya, kerana tiada pengalaman memerintah. Tapi kini sudah lebih 16 bulan memerintah tapi masih lagi tiada apa-apa untuk orang india oleh kerajaan- kerajaan PR.

Kesungguhan DAP dalam isu-isu orang India, tidak menunjukkan ianya begitu berminat untuk mencari jalan penyelesaian malah ia lebih gemar untuk mempolitikkan hal tersebut. Kalau betul penjualan tanah Kg. Buah Pala ada unsur- unsur rasuah atau penyalah gunaan kuasa kenapa tidak laporkan pada MACC? Kalau kata tak percaya dengan MACC, masih ada lagi banyak ruang undang-undang untuk menterbalikkan penjualan tanah itu.

Saya sebagai pengundi DAP yang setia dan juga pernah meraih undi untuk DAP di Seremban sepanjang tempoh berkempen PRU 08 yang lepas amat terasa amat sedih apabila kerajaan Perak dirampas oleh BN, tetapi apabila betanya pada kawan-kawan saya di Perak, rata- ratanya Berpendapat bahawa tiada bezanya kerajaan BN dan PR di Perak. Kalau BN dulu Melayu diutamakan, masa PR kebajikan Cina pula diutamakan.

Masyarakat india diperlukan hanya untuk undi mereka, selepas itu mereka tidak dapat apa-apa pun. Tiada tanah untuk sekolah, kuil ataupun tanah perkuburan Hindu. Tetapi 100 juta untuk buat pusat penyembelihan serba moden di Selangor boleh dibuat walaupun banyak halangan perlu dihadapi.

Cuba sesiapa di sini bagitahu para pembaca MT* apakah yang telah dibuat oleh kerajaan PR untuk masyarat India? Kalau anda kata saya racist untuk bertanyakan soalan ini, saya nak tanya balik kenapa bila orang india tanya sesuatu saja mesti ada orang akan kata jangan bersikap racist tapi apabila DAP keluar PR di Kedah kerana Pusat Penyembelihan yang tak berlesen dirobohkan tiada siapa yang katakan itu racist.

Saya sangat berharap para pembaca MT bersikap nuetral, jangan sampai apa jua yang dibuat DAP/PR dianggap sebagai betul kerana ianya daripada DAP/PR. Mentaliti Denial Sinrom inilah yang menyebabkan BN kalah. Nampaknya Denial Syndrom ini kini telah merebak ke kem PR.



Mathavan Velayutham

*MT- Malaysia Today.

1 comment:

  1. தமிழர்கள் அனைவருக்கும் தமிழ் புத்தாண்டு வாழ்த்துக்கள்

    இந்த ஆண்டு உங்கள் வாழ்வில் எல்லையில்லா மகிழ்ச்சியும், நோயற்ற வாழ்வும், குறைவற்ற செல்வமும், நீண்ட ஆயுளும் மற்றும் அனைத்து நலங்களும், வளங்களும் பெற்று வாழ வாழ்த்துகிறோம்.

    அன்புடன்
    www.bogy.in

    ReplyDelete